Ahad, 31 Julai 2011

"Jom Join Giveaway Gadis Desa"

BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM





dapat tag dari nurshahfamily...sila klik sini


so nak tag : seb3las muka dan life letter


terima kasih sudi singgah n terjah :)


Jumaat, 29 Julai 2011

MALAIKAT KECIL

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..


keudara kite sekali hari ini 29 haribulan bersamaan 27 syaaban..

Takzirah di pagi jumaat...sama sama kite renungkan selamat beramal

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!


terima kasih sudi baca n komen


sumber disini


Selasa, 26 Julai 2011

SHOPPING BAJU ANAK AWAL2

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM


keudara kite sekali lagi..hari ini selasa 26 june 2011 bersamaan 24 syaaban..


Tinggal lagi berapa hari je umat islam akan menjalani ibadah puasa..insyaallah xde aral melintang awal bulan depan kite berpuasa....pada yang belum abes puasa ganti tu cepat2 la..masih ada lagi waktu :)


seperti selalu dan tahun2 lepas....belum pose lagi tapi aku dah menyiapkan diri membeli belah baju raya tuk anak dara aku...sudah pikir macam mau beli baju tu baju ni...haha tamak sudah...;p bukan ape malas rasa nyer time pose nak shopping moping bagai ni...penat !!!


aku rasa ramai di kalangan korang pon buat perkara yang sama gak shopping awal2.. nanti xlah rasa penat sangat kan.....haiii pendek kata la ni pon dah mula jualan murah + dengan baju2 cantik tinggal pilih je....nanti lau dah last minit nak shopping alamatnyer baju korng xde saiz + pilihan yang x berapa menarik....huhuhu
pilihh dan pilihhh mana satu pilihan korang...hehehe x ugut yee ;)


aku,minggu lepas je 3 shopping kompleks aku terjah nak cari baju....haaa seeee penat kann?????bayangkan lau bulan pose...ermmmm...hehehe eh cakap pape eh...:)
last tempat aku g shopping jj taman u..ctu bnyak pilihan yng menepati citarasa aku tuk anak dara aku tuh....dapat la beberapa helai baju t-shirt.. :) cuma seluar je belum jupe yang menepati citarasa aku...agak2 kat mane yer ada????


tuk ibu dan ayahnyer kemudian laa....lepas kan tuk anak dulu yang tu sangat penting... :) betul kannn semua????????

terima kasih sudi baca n komen :)

psstt : jangan lupe klik nuffnang ye...macehh


Rabu, 20 Julai 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 1

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..


SenYum TAk PERlu kATa Apa-apA


sekian terima kasih sudi baca n komen..


Rabu, 13 Julai 2011

DURIAN...DURIAN..!!!

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM


sambil bc janganlupe klik nuffnag..tq :)

en google pinjam pict

adehhhhh...tengok je dah meleleh ayaq liuq aku ni...dah berapa hari ni kempunan aku nak merasa durian kampung...freshh weiiii...barula nikmat..

baru2 ni...dah janji nak makan durian kat kebun sepupu....kebetulan mmg aku nak balik kg...tapi hajat x tercapai....kekangan masa cepat sangat aku kat kampung...huwaaaaa :0

korang nampak gayanyer aku bayangkan je la korng tgh melantak dorian....huhuhu...nikmat..nikmatt...wahhhhh

semalam g kipmart berhajat nak beli...tapi xterbeli....kempunan lagiiii......alahaiiiii..xpela mungkin xde rezeki aku nak makan dorian kali ni....huhuhu

sabo yer... :)

sekian terima kasih sudi singgah n komen


Jumaat, 1 Julai 2011

MAKIN BESAR MAKIN SUSAH MAKAN..!!

BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM...


sambil baca jangan lupe klik nuffnang ye...tq


hye korang...makan ape lunch tadi...????aku makan kacang goreng je x sempat * hakikatnyer lunch mmg ko jarang kan* nak makan coz bz dok anta kete service.... ;p


berbalik pada tajuk tu kan???ada tak anak korang yang berusia 2 tahun keatas dah mula susah nak makan???mesti adakan..ni yang merungsingkan pala aku ni...mana taknyer dulu semangat la ni makin keding lak....dukung rasa ringan jer!


kalau di suruh makan..alasan dia senang je.." dah kenyang ".."taknnak"..makan sikit je dah selebihnyer dia buat main lak.....nak kene ugut dulu baru makan...aduhhaiii..tapi xeloklah kann lau semua benda nak kene ugut dulu baru dia nak makan or nak buat sesuatu..


aku ngan en somi dah nak belikan dia vita c..tapi kebanyakkan nyer vita c tu tuk imunisasi badan...lum jupe lagi vitamin untuk naik kan selera makan....huhu.

ada saper2 yang bagi anak korang makan vitamin untuk naik kan selera makan???minta share la ye...

pic dak tecik yang makin kudud... :)


terima kasih sudi bc n komen :)


Label

alkisah (2) arward (3) cerita artis (2) contest (24) coretan (68) coretan...blog (3) coretan..kerja (2) coretan..raya (11) diet (3) diner (1) family (2) hobi (1) ihsan (5) info (2) macammacam (2) masakan (1) mc (3) menang contest (1) nuffnag (3) operate (5) percutian (10) rifqah (28) segmen (2) Tag (5) takzirah (4) wedding (1)

EPISODKASIH KAMI

Daisypath Anniversary tickers

tengok yang lain pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...