Memaparkan catatan dengan label ihsan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ihsan. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mei 2011

" AYAH TERLUPA "

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM


AS'SALAM semua pembaca blog ni.... :)


wahhh bersarang sudah belog aku ni yer...hopefully korang sume sihat hendakNYA...


n3 kali ni :

ade sesapa yang dah baca metro ari ni..muka surat depan...yang bertajuk " ayah terlupa"...



"tak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupunya, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula membawa jenazah anaknya yang lemas akibat "tertinggal" di dalam kereta.."

selanjutnya boleh klik di sini..


Ya allah macam mana seorang bapa boleh terlupe yang anaknya masih ada lagi di dlam kereta..

sedih dan terkilan..

apa pun kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa dan takziah buat keluarga mangsa.



notakakizirafah: ibu sayang nur rifqah hazira :)



Rabu, 20 April 2011

KISAH SARDINE dan MILO

BISMILLAHHIRAHAMANNIRRAHIM..


AS'SALAM...


aku de satu berita yang mana aku rasa patut tuk aku share pada korang....haa jom baca

renung2kan selamat beramal...


Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.



Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.



Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..



Ceritanya macam nie:-



Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’


AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..



N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…



Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…



n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .



milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….



Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…

Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….

wallahhualam…


sumber : facebook




p/s: baru nk masak sardin cap botan


sekian,,terima kasih kerana sudi membaca..



Khamis, 3 Jun 2010

sayu + sedih

DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM...

Perasan kan kebelakangan ni..semakin menjadi2..semakin berleluasa..isu pembuangan bayi...YA ALLAH sedih betol..pe salah baby tu ko nak buat mcm tuh?..berani buat berani lah tanggung..jnglah pulak ko dah buat dosa then ko nak tutup ngan dosa pulak..



tak tau pe jenis manusia mcm ni..!bawa2la bertaubat..binatang pon tau sayangkan anak inikan pulak manusia yg de akal n fikiran...!



aku baru je terbaca satu n3 ni (blogger)pasal kes pembuangan bayi..dat y aku trus buat n3 pasal ni...xleh aku nak aku bayang kan mcm mana dia boleh bukak tingkap then campak bby tu kat tepi jalan dalam keadan hujan lebat!!!!YA ALLAH !mana sifat perikemanusiaan ko tu hah!!!!



tak sanggup aku nak tgk gmbr tuh *sory pic tu x sanggup nak masuk kan dlam blog aku*..sangat menyedihkan...betol hampir menitis air mata aku tgk pic tu..kesian bby tu :(



masa buat n3 ni pon...perasaan sedih tu masih lagi menapak...aku xnak cite panjang
klik je


Selasa, 25 Mei 2010

AKU SANGAT EMO..!!!!

DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM...


BETOLLL..aku sangat emosi + geram +++...aku xtau kenapa dan mengapa?kenapa waktu mcm gini boleh terjadi benda2 yang di luar jangkaan....aku sangat geram lagi sekali GERAM!!!!

Aku x tau salah siapa..?dimana silapnyer..?ape kekurangannyer..?sungguh aku mmg xtau...lagi pon aku hanya kenal dia melalui televison saje..

aku de terbaca salah satu blog blogger yang bertajuk " suami anne lafaz cerai tatkala hamil 4 bulan"..huh...rasa tersentap bila sang suami lakukan sedemikan!!.....


ok la..aku xnak komen banyak2...




sekian.. jupe next n3



Selasa, 20 April 2010

Sama sama kita membantu

DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM..

Sewaktu aku jalan dari blog ke blog.aku terbaca satu blog yang amat menyentuh naluri aku sebagai seorang ibu..ye aku dapat selami hati dia...dia kene kuat..dia kene tabah

blog ni aku copy n paste from blog
ladynoe.sama2 kite membantu agar bby hana cepat sembuh..insyaallah amin..

*************************************************************************************

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my . Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Jadi para pembaca budiman, sama-sama kita doakan keselamatan Baby Hana ni. Semoga doa kita diperkenankan Allah SWT. ='(

Label

alkisah (2) arward (3) cerita artis (2) contest (24) coretan (68) coretan...blog (3) coretan..kerja (2) coretan..raya (11) diet (3) diner (1) family (2) hobi (1) ihsan (5) info (2) macammacam (2) masakan (1) mc (3) menang contest (1) nuffnag (3) operate (5) percutian (10) rifqah (28) segmen (2) Tag (5) takzirah (4) wedding (1)

EPISODKASIH KAMI

Daisypath Anniversary tickers

tengok yang lain pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...